Penanda Wacana


PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:


Tambahan
dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,   selanjutnya, seterusnya, di samping

Urutan
pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,   kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

Penyataan semula
iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang  diterangkan

Contoh
contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,  umpama, bagai, bak kata, sebagai

Rumusan
rumusannya, kesimpulannya, sebagai   kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

Tempat
berhampiran dengan, bersebelahan dengan,   bertentangan dengan

Waktu
apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada   mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

Sebab dan kesan
oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,  dengan itu

Bandingan
seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama   juga dengan

Pertentangan         
tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau   bagaimanapun, namun begitu, bertentangan   dengan

Pengesahan         
sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,   pastilah, sememangnya